Lelaki warga asing culik kanak-kanak sebab rindu pada anak sendiri | The Reporter

Lelaki warga asing culik kanak-kanak sebab rindu pada anak sendiri

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perasaan rindu menjadi motif seorang lelaki warga Nepal yang bertindak cuba menculik seorang kanak-kanak berusia dua tahun dalam kejadian di Kampung Bunga Raya, Rawang, baru-baru ini. 

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, suspek mempunyai dua anak yang hampir sebaya dengan mangsa dan sudah lama tidak bertemu keluarganya.

“Kali terakhir suspek pulang ke Nepal untuk bertemu isteri dan anaknya adalah pada Aidilfitri tahun lalu, dan perasaan rindu itu menyebabkan suspek mula menunjukkan kelakuan yang tidak siuman,” katanya.

Suspek kini dirujuk ke bahagian psikiatri Hospital Sungai Buloh, dan polis masih menunggu hasil penilaian tersebut. 

Tambah Mohd Hafiz, pihaknya akan menyemak semula dokumen dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) suspek dengan Jabatan Imigresen.

Terdahulu, kejadian yang berlaku sekitar jam 12.40 tengah hari itu menyaksikan suspek cuba melarikan seorang kanak-kanak di rumah mangsa, namun tindakannya digagalkan apabila penduduk kampung berjaya mengejar dan menahannya. 

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts