Lelaki warga asing berbogel di tempat awam kerana tertekan ditinggalkan teman wanita - The Reporter

Lelaki warga asing berbogel di tempat awam kerana tertekan ditinggalkan teman wanita

Gambar hiasan (Artificial Intelligence)

Seorang lelaki warga asing telah ditahan oleh pihak polis kerana bertindak berbogel di tempat awam, di Permas Jaya, pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada penjaga kaunter hotel berusia 26 tahun yang berada di lokasi.

Hasil siasatan awal mendapati, suspek bertindak sedemikian kerana tidak dapat menerima hakikat yang dia ditinggalkan oleh teman wanitanya.

Lelaki warga asing itu juga didapati tidak mempunyai masalah kesihatan mental. Kes itu kini sedang disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Video kejadian itu yang berdurasi hampir empat minit itu turut tular di media sosial. Dalam video itu menunjukkan suspek melintas jalan tanpa mengenakan sebarang pakaian sebelum ditahan dua lelaki dan diserahkan kepada anggota polis unit kereta peronda.

Seksyen 509 Kanun Keseksaan

Seksyen 509 Kanun Keseksaan Malaysia merujuk kepada kesalahan yang melibatkan pengaiban kehormatan seseorang.

Menurut Seksyen ini, seseorang yang dengan sengaja mengaibkan kehormatan orang lain, sama ada melalui perkataan, bunyi, isyarat, atau menunjukkan apa-apa benda.

Dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat oleh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan seseorang itu, boleh diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.

Sumber: Harian Metro, Norhafeezlaw

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!