Lelaki Singapura didenda RM5,500 kerana pecahkan cermin belakang Fortuner - The Reporter

Lelaki Singapura didenda RM5,500 kerana pecahkan cermin belakang Fortuner

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki warga Singapura didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Muar kerana memecahkan cermin belakang kereta dalam pergaduhan yang berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Pagoh.

Tertuduh, Soh Kian Hui, 45, juga berdepan dengan hukuman penjara selama 12 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut fakta kes, Soh Kian Hui telah melakukan perbuatan khianat dengan memecahkan cermin belakang kereta jenis Toyota Fortuner milik Khairul Husni Shah Jamil, 31, yang mengakibatkan kerugian berjumlah RM2,502.35.

Dalam kejadian jam 1.58 tengah hari, 10 Februari 2024 di KM 139.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Pagoh, Khairul dalam perjalanan ke Kuala Lumpur sebelum ternampak Mitsubishi Lancer dipandu Soh menggunakan laluan kecemasan.

Soh tidak berpuas kenderaannya dihalang menggunakan laluan kecemasan dan tercetus pertengkaran mulut di antara dia dan Khairul, sebelum Soh bertindak memecahkan cermin belakang kereta Toyota Fortuner yang kemudian terus beredar dari lokasi kejadian.

Selepas kejadian itu, Soh ditahan polis di Genting Highlands pada jam 3.30 pagi, 12 Februari 2024.

Terdahulu, peguam tertuduh, Norain Sakina Zikri dari YBGK, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana anak guamnya bekerja sebagai pemandu teksi dengan pendapatannya SGD$3,000 (RM10,631.75) dan perlu menjaga ibunya berusia 71 tahun yang baru menjalani pembedahan kanser.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Ariff Marzuki memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam selepas kejadian itu tular di media sosial.

Sumber: Kosmo! Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!