Lelaki rogol & liwat remaja OKU berusia 13 tahun di dalam kereta, dipenjara 19 tahun, 8 sebatan - The Reporter

Lelaki rogol & liwat remaja OKU berusia 13 tahun di dalam kereta, dipenjara 19 tahun, 8 sebatan

Sumber gambar: Alias Abd Rani (Harian Metro)

Seorang pekerja kedai langsir, dijatuhkan hukuman penjara selama 19 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Muar kerana merogol remaja orang kurang upaya (OKU) dalam sebuah kereta di Kluang, awal Julai 2023.

Tertuduh, Asmirul Shaqirin Sazali, 27, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 13 tahun di dalam sebuah kereta di hadapan sebuah kedai pada jam di antara 8 hingga 9.30 malam, 8 Julai lalu.

Tertuduh turut meliwat dan melakukan amang seksual terhadap mangsa.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Hakim Abu Bakar berkata, “Dia (mangsa) minta tolong, tapi kamu tidak layan. Kenapa sampai tergamak kamu memperlakukan sedemikian terhadapnya? Tidakkah ada simpati ke atasnya?”.

Hakim kemudian menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun, lima sebatan bagi kesalahan merogol. Enam tahun penjara dan dua sebatan atas kesalahan meliwat dan tiga tahun penjara dan satu sebatan atas kesalahan amang seksual fizikal.

Tertuduh diarahkan menjalani ketiga-tiga hukuman itu secara berasingan bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 9 Julai lalu.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani)

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!