Lelaki rebah, meninggal dunia ketika bermain badminton | The Reporter

Lelaki rebah, meninggal dunia ketika bermain badminton

Bantuan kecemasan diberikan kepada mangsa di gelanggang badminton.
Gambar tular di media sosial menunjukkan beberapa rakan cuba memberikan bantuan kecemasan kepada mangsa.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki berusia 35 tahun dilaporkan meninggal dunia secara mengejut ketika bermain badminton di sebuah dewan di Seremban 2, malam Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Lee Jiajin, dilaporkan rebah secara tiba-tiba kira-kira jam 9.30 malam ketika bermain bersama beberapa rakan.

Menurut laporan Sin Chew, rakan-rakan mangsa segera memberikan bantuan kecemasan termasuk rawatan CPR dan penggunaan alat defibrilator luaran automatik (AED) sebelum pihak ambulans tiba, namun usaha tersebut gagal menyelamatkannya.

Difahamkan, mendiang meninggalkan seorang isteri dan dua anak masing-masing berusia tiga dan satu tahun, manakala isterinya kini sedang hamil anak ketiga yang dijangka lahir hujung bulan ini.

Baca juga:

Sumber turut memaklumkan, kejadian itu mengejutkan rakan-rakan badminton yang mengenali mangsa, memandangkan beliau dilihat sihat dan aktif sebelum kejadian.

Beberapa gambar ketika kejadian turut tular di media sosial, memaparkan usaha bantuan kecemasan diberikan kepada mangsa.

Related Posts