Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tragedi sambutan Tahun Baharu Cina bertukar duka apabila seorang lelaki berusia 30-an kudung kaki kiri selepas bunga api yang dipasang meletup di hadapan rumahnya di Taman Damai Jaya, Bukit Siput, Segamat awal pagi semalam.
Kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu berlaku ketika mangsa dipercayai bermain bunga api jenis ‘shoot cake 4(D) 16 shot (premium)’ di hadapan kediamannya.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, siasatan awal mendapati bunga api berkenaan meletup secara tiba-tiba sebelum mangsa mengalami kecederaan parah sehingga putus kaki kiri.
“Mangsa dikejarkan ke Zon Merah Hospital Segamat untuk menerima rawatan segera. Pegawai perubatan mengesahkan mangsa putus kaki kiri dari bawah lutut dan kini dalam keadaan stabil,” katanya.
Baca juga:
- DBKL sita penjaja air balang di Dataran Merdeka
- Lelaki putus kaki kiri akibat letupan bunga api
- ‘Semua rakyat punyai hak untuk berhimpun termasuk Rafizi’
Kes disiasat di bawah Seksyen 6 dan 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar hanya menggunakan bunga api yang dibenarkan serta bermain di kawasan lapang dengan mengutamakan aspek keselamatan.
Sumber: Berita Harian, Sinar Harian









