Seorang lelaki nyaris maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya ditembak dari jarak dekat oleh individu tidak dikenali berhampiran sebuah sekolah rendah, petang Selasa.
Insiden di Sungai Nyiur, Butterworth itu berlaku ketika mangsa berusia lingkungan 40-an dalam perjalanan untuk mengambil anaknya pulang dari sekolah.
Menerusi laporan Sinar Harian, dua lelaki telah menghampiri kenderaan mangsa sebelum melepaskan tembakan ke arah cermin sisi bahagian pemandu.
Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beberapa gambar dan video turut tular di media sosial. Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh orang ramai, beberapa das tembakan kelihatan di bahagian cermin pemandu kenderaan tersebut.
Motif kejadian masih belum diketahui dan siasatan lanjut sedang dijalankan.








