Seorang lelaki mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan teman wanitanya di sebuah kedai haiwan peliharaan di Jalan Parit Bilal, Batu Pahat 10 Oktober lalu.
Muhamad Nurhaqimi yang merupakan seorang penjaga stor dikatakan bertindak demikian gara-gara teman wanitanya tidak membalas mesej yang dihantar melalui WhatsApp.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Memetik laporan Harian Metro, insiden berkenaan berlaku ketika teman wanitanya menghantar makanan tengah hari di tempat kerja tertuduh.
Berlaku pertengkaran mulut antara mereka kerana tertuduh tidak berpuas hati mesej ‘good morning sayang’ yang dihantar tidak dibalas.
Tertuduh kemudiannya didakwa menampar kiri mangsa sehingga mengalami kecederaan ringan.
Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM800 terhadap tertuduh dan mengarahkan tertuduh dihukum penjara selama 14 hari sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan.








