Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang penganggur dihukum penjara 30 tahun dan 13 sebatan oleh Mahkamah Tinggi selepas mengaku bersalah meliwat dan membunuh bayi lelaki berusia sembilan bulan, anak asuhan isterinya, dalam kejadian empat tahun lalu.
Hakim Datuk Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamed Badruldin Mohamed, 40, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah atas dua pertuduhan berasingan.
Bagi kesalahan meliwat, tertuduh dihukum penjara 10 tahun dan satu sebatan, manakala bagi kesalahan membunuh, dia dikenakan penjara 30 tahun serta 12 sebatan. Hukuman dijalankan serentak bermula 29 April 2021.
Baca juga:
- Banjir Hatyai: Pelancong Malaysia enggan diselamatkan sebab belum waktu ‘check-out’
- Shamsul Iskandar letak jawatan Setiausaha Politik Kanan PM
- Lelaki mengaku bersalah liwat & bunuh bayi asuhan isteri, dipenjara 30 tahun & 13 sebatan
DNA sahkan jenayah kejam terhadap bayi
Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan air mani dan DNA tertuduh pada dubur serta usus besar mangsa. Pakar forensik Dr Rohayu Shahar Adnan turut mengesahkan wujud luka koyak serta lebam akibat objek tumpul.
“Punca kematian ialah smothering (lemas akibat ditindih atau ditutup),” menurut laporan bedah siasat.
Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada 28 April 2021 selepas gagal diselamatkan walaupun telah diberi bantuan CPR dan ubat jantung.
Pendakwa: Bayi lemah, tapi dianiaya tanpa belas kasihan
Timbalan Pendakwa Raya Shahrul Ekhsan Hasim memohon hukuman maksimum terhadap tertuduh kerana mangsa tidak berdaya mempertahankan diri.
“Ibu bapanya bekerja dan mempercayakan anak kepada isteri tertuduh. Namun bayi itu dianiaya oleh seorang lelaki dewasa kerana nafsu serakah,” katanya semalam.
Kes berprofil tinggi itu sebelum ini dikendalikan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Mei 2021 sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
Sumber: Sinar Harian









