Lelaki luah kecewa dipotong gaji kerana Solat Jumaat | The Reporter

Lelaki luah kecewa dipotong gaji kerana Solat Jumaat

Seorang lelaki kecewa apabila majikan memotong gaji kerana solat Jumaat.
Gambar hiasan: Freepik

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa dipotong gaji hanya kerana menunaikan solat Jumaat, meskipun peraturan berkaitan perkara itu sudah lama ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (JTK).

Menurut perkongsian di media sosial, individu tersebut terkejut apabila mendapati syarikat tempatnya bekerja masih tidak membenarkan waktu rehat khusus bagi solat Jumaat.

“Terkedu tatkala pergi solat Jumaat kena potong gaji. Dah 2025, ingatkan semua syarikat dekat Johor dah ikut guideline JTK. Ternyata masih ada je macam ni,” tulisnya.

Tambahnya lagi, situasi itu berlaku walaupun dia sudah berbincang dengan bahagian sumber manusia (HR) untuk memaklumkan kepada majikan tentang keperluan memberi ruang bagi pekerja Muslim menunaikan kewajipan mingguan tersebut.

“Semalam dah cakap dengan HR, tolong bagitahu boss, tolong bagi rehat Solat Jumaat. Kalau tak jalan juga, gua yang jalan dari sini,” katanya.

Luahan lelaki berkenaan di Thread
Baca juga:

Rata-rata netizen menzahirkan sokongan terhadap lelaki itu dan menggesa pihak berkuasa memantau syarikat-syarikat yang masih tidak mematuhi garis panduan undang-undang buruh berkaitan hak pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat.

Menurut Akta Kerja 1955, pekerja beragama Islam berhak diberi waktu rehat yang mencukupi untuk menunaikan solat Jumaat, iaitu sekurang-kurang 20 minit bagi setiap waktu solat dan sekurang-kurang 1 jam 30 minit bagi solat jumaat dan majikan tidak boleh mengenakan sebarang tindakan atau potongan gaji atas sebab tersebut.

Related Posts