Lelaki kantoi curang di hotel PD mengaku tak bersalah pukul isteri - The Reporter

Lelaki kantoi curang di hotel PD mengaku tak bersalah pukul isteri

Seorang lelaki yang menjadi tumpuan selepas videonya tersebar memukul isterinya di sebuah hotel di Port Dickson telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret pada hari Selasa.

Tertuduh, Mohd Ridwan Mat Nasir, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Uthman Abd Ghani.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai juruteknik, didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap isterinya yang berusia 38 tahun pada 24 Mei 2024, sekitar jam 9.50 pagi di hotel tersebut.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Nor Asiah Mahmud, mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Namun, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, A Krishnaveni, memohon agar jaminan dikurangkan kepada RM2,500 dengan alasan bahawa tertuduh hanya bekerja sebagai juruteknik.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM2,500 dengan syarat tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa sehingga kes selesai. Sebutan semula kes akan berlangsung pada 23 Julai.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!