'Dah tegur tiga kali pun tak jalan' - Lelaki hembus asap rokok pada wanita hamil | The Reporter

‘Dah tegur tiga kali pun tak jalan’ – Lelaki hembus asap rokok pada wanita hamil

Rakaman CCTV pergaduhan di restoran Shah Alam, lelaki enggan berhenti merokok dan hembus asap rokok pada wanita hamil.
Rakaman CCTV menunjukkan pergaduhan tercetus selepas lelaki enggan berhenti merokok walaupun sudah ditegur, hingga wanita hamil turut terjejas.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Suasana sebuah restoran di Seksyen 13, Shah Alam bertukar tegang apabila seorang lelaki enggan berhenti merokok walaupun sudah ditegur. Tindakan itu menimbulkan rasa kurang senang seorang wanita hamil lapan bulan sehingga mencetuskan pertengkaran dengan suaminya.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.50 malam Khamis lalu sebelum tular di media sosial, manakala laporan polis dibuat keesokan harinya, lapor Harian Metro.

Baca juga:

Polis kenal pasti suspek, rakaman CCTV dirujuk

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pasangan suami isteri berkenaan pada awalnya meminta pekerja restoran menegur suspek, namun lelaki itu tidak menghiraukannya. Suami wanita itu kemudian menegur sendiri sebanyak tiga kali, tetapi tetap tidak diendahkan.

“Pada teguran kali ketiga, lelaki berkenaan bangun dan menghampiri meja pengadu, malah didakwa menghembus asap rokok ke arahnya.

“Wanita itu yang bimbang keselamatan suami merakam insiden berkenaan, namun suspek menepis tangannya sehingga telefon bimbit terjatuh,” katanya.

@media.telus

Dah terang-terang larangan merokok di kedai makan, tapi masih degil. Bila kena sound, tak puas hati pula. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #rokok #kedaimamak #mediatelus

♬ original sound – Media Telus – Media Telus

Pertengkaran berlanjutan dengan insiden tolak menolak sebelum suspek beredar meninggalkan premis. Hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi turut mengesahkan kejadian berkenaan.

Polis kini sudah mengenal pasti suspek dan usaha mengesannya sedang dilakukan. Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, selain turut dibuka kertas siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil kerana kelakuan aib yang boleh dikenakan denda sehingga RM100.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Rafiah Isa di talian 012-3770327.

Related Posts