Lelaki dikhuatiri lemas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma | The Reporter

Lelaki dikhuatiri lemas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma

Tangkapan layar video tular kejadian kepala air di Pintasan Saloma.
Tangkap layar video tular menunjukkan insiden kepala air yang menghanyutkan seorang lelaki.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki dilaporkan telah dihanyutkan kepala air di Sungai Klang berhampiran Pintasan Saloma, Kuala Lumpur petang semalam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan insiden berkenaan berlaku sekitar jam 5.30 petang ketika mangsa sedang mengalih kenderaannya yang diletakkan di bawah jambatan tersebut kerana kerja-kerja penambahbaikan paip sedang dijalankan.

Menurut Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur, terdapat 13 individu berada di kawasan bawah jambatan tidak sempat melarikan diri apabila kepala air sampai ke lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, 12 daripada 13 mangsa itu berjaya diselamatkan, terdiri daripada pemancing dan pekerja penambahbaikan paip,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Sazalee Adam, memaklumkan bahawa operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dihentikan pada jam 11 malam semalam dan akan disambung semula 9.30 pagi hari ini.

“Setakat ini mangsa masih belum ditemukan. Pasukan SAR yang terdiri daripada polis, bomba dan agensi lain akan menyambung pencarian,” katanya.

Baca juga:

Terdahulu, tular video rakaman sebuah kereta dihanyutan air di kawasan Pintasan Saloma petang semalam.

@bbp.titiwangsa

12 lelaki berjaya diselamatkan Oleh pihak Bomba Dan seorang lelaki dikhuatiri lemas, selepas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma Yang sedang melakukan kerja penambahbaikan Sungai Klang, petang tadi. #pintasansaloma #lemas #kepalaair #akleh

♬ The Champion – Lux-Inspira

Bomba Titiwangsa dalam satu hantaran di TikTok turut merakamkan kejadian operasi menyelamatkan 12 daripada 13 mangsa di lokasi kejadian.

“12 lelaki berjaya diselamatkan Oleh pihak Bomba Dan seorang lelaki dikhuatiri lemas, selepas dihanyutkan kepala air berhampiran Pintasan Saloma Yang sedang melakukan kerja penambahbaikan Sungai Klang, petang tadi (Isnin),” jelasnya.

Sumber: Astro Awani

Related Posts