Konon keluar nak tengok kawan memancing, tapi dicekup khalwat dengan janda | The Reporter

Konon keluar nak tengok kawan memancing, tapi dicekup khalwat dengan janda

Seorang lelaki dan wanita berdiri di hadapan pintu bilik hotel di dalam lorong bangunan, berhadapan dengan penguat kuasa.
Pasangan dicekup khalwat oleh penguat kuasa JAINJ di sebuah hotel di Muar, awal pagi. | Kredit gambar: FB Penguatkuasa JAINJ

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki berusia 30-an yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak dicekup berkhalwat bersama seorang wanita berstatus janda berumur 50-an dalam satu serbuan oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah hotel di Bandar Muar, kira-kira jam 1 pagi, Rabu.

Kedua-dua mereka yang berasal dari Muar ditahan selepas pihak berkuasa menerima maklumat awam berhubung kegiatan mencurigakan di hotel tersebut.

Mereka disiasat mengikut Enakmen Jenayah Syariah yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Baca juga:

Konon keluar nak tengok kawan memancing, rupanya check-in hotel

Siasatan awal mendapati lelaki terbabit sering keluar rumah pada waktu malam dengan alasan mahu berjumpa rakan-rakan yang memancing di sekitar Jambatan Muar atau Masjid Muar. Namun pada malam kejadian, dia memilih untuk “memancing” di bilik berhawa dingin hotel mewah bersama pasangannya.

Difahamkan, lelaki itu sanggup bayar harga bilik RM240 semalam kerana baru dapat gaji dan bayaran keretanya pun sudah dilangsaikan.

Ketika serbuan dilakukan, pasangan itu berada dalam bilik dan terkejut apabila pintu diketuk penguat kuasa.

Hasil pemeriksaan turut menemui sekotak tisu lembap, separuh daripadanya sudah digunakan. Tisu tersebut dipercayai dibeli sendiri dan bukan disediakan oleh pihak hotel.

Sumber: Facebook Penguatkuasa JAINJ

Related Posts