Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tular video di media sosial yang menunjukkan seorang pelanggan bergaduh dengan doktor di sebuah klinik pergigian swasta di Putrajaya.
Menerusi rakaman tersebut, lelaki berkenaan menyatakan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah diberikan oleh doktor di klinik tersebut.
Katanya, doktor berkenaan telah bertindak untuk membuat suntikan tanpa memberikan penerangan sebelum berbuat demikian. Kemudiannya, pelanggan dikatakan telah dipaksa untuk membayar kos berkenaan.
“Sebagai customer, kau kena layan kami elok-elok. Sepatutnya beri penerangan sebelum kau buat kerja. Ini dah buat kerja baru bagi penerangan, baru kau bagi harga.
“Itu sebab aku tanya berapa kos. Kalau aku tak ada duit, aku tak bayar kos rawatan. Sekarang ni aku tak puas hati pasal injection,” kata lelaki berkenaan.
Kedengaran pula suara seorang wanita dipercayai isteri kepada lelaki berkenaan pula menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan doktor tersebut.
Bagaimanapun, doktor tersebut telah menjelaskan dia sudah memberikan penerangan lebih awal dan telah melayan pelanggan dengan sebaiknya.
“Kalau tak ada duit, cakap tak ada duit,” kata doktor wanita tersebut.
Bagaimanapun, menerusi semakan di Google review, ramai yang memuji perkhidmatan di klinik berkenaan dan memberikan penilaian 4.6.

Sumber: Facebook








