Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Suspek pembunuhan terhadap Nur Farah Kartini Abdullah didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini.
Anggota polis daripada Balai Slim River, Lans Koperal Muhammad Alif Monjani didakwa membunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terbabit di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam di antara 10 Julai hingga 15 Julai lalu.
Dia didakwa melakukan pembunuhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman mati atau penjara di antara 30 hingga 40 tahun dengan tidak kurang 12 sebatan
Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh sebaik kertas pertuduhan dibacakan kepada di hadapan Hakim, Nurul Mardhiah Mohammed Redza, kerana kes itu adalah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Dalam pada itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, perselisihan hubungan dikenal pasti sebagai motif pembunuhan.
“Hasil siasatan, motif kita percaya ada kaitan dengan perselisihan perhubungan.
“Kita (polis) sudah selesai (siasatan) dan dapat arahan tuduh di Mahkamah Kuala Kubu Bharu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sumber: Berita Harian, Harian Metro








