Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Wanita yang didakwa memfitnah beberapa guru berhubung kehilangan anak perempuannya di sebuah sekolah di Shah Alam minggu lalu, tampil menggesa peguam yang mewakili guru terbabit mempercepatkan penghantaran Letter of Demand (LOD).
Menerusi gambar tangkap layar mesej yang dihantar kepada Mohd Fadli Salleh di TikTok hari ini, Mell tetap dengan keputusan untuk memaafkan guru-guru yang terlibat, walaupun sedar kes ini akan dibawa ke mahkamah.
“Cikgu maaflah mengganggu Subuh-subuh ni. Biasalah solat Subuh. Cikgu apa khabar? Baik noh hendakNya. Cikgu, saya mak budak yang kurang hajar, yang memfitnah-fitnah guru-guru macam yang cikgu kata itulah. Hehehe.
“Boleh saya tahu tak, lambat lagi ke Letter of Demand (LOD) tu? Bukan apa, lagi bagus kita percepatkan hal ini. Lagi satu cikgu, saya tak mengharap banyak. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua dan jangan risau kalau apa-apa pun selepas ini di mahkamah, saya tetap memaafkan cikgu Fadli dan cikgu-cikgu yang lain. Saya ini mudah memaafkan orang cikgu, inshaAllah.
“Tujuan chat ini pun bukan saya nak provok atau cari pasal ke apa. Nak minta cikgu mempercepatkan LOD sahaja kepada saya,” katanya yang juga menutup ruang komen kepada umum.

Kes ini menjadi tumpuan ramai selepas Mell mendakwa anak perempuannya hilang di sekolah dan menuduh guru-guru tidak mengambil tindakan sewajarnya. Bagaimanapun, saksi-saksi lain menafikan dakwaan tersebut dan menyatakan tiada sebarang insiden ‘boo’ atau pengabaian seperti yang didakwa.
Guru yang terlibat, Teacher Sya, juga dilaporkan akan mengambil tindakan undang-undang dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM500,000 atas dakwaan difitnah oleh Mell. Guru itu turut mendakwa cerita yang disebarkan telah diputar belit sedangkan anak murid itu sebenarnya tidak pernah hilang di sekolah.