Lagu De Fam - 'Alamak Raya Lagi' ditonton lebih 13 juta kali di YouTube - The Reporter

Lagu De Fam – ‘Alamak Raya Lagi’ ditonton lebih 13 juta kali di YouTube

Lagu ‘Alamak Raya Lagi!’ yang dinyanyikan oleh trio pop De Fam, Azira Shafinaz Ramlan, Sophia Liana Sobri dan Wani Shamsuddin atau Cik Manggis, telah mencipta fenomena baru dalam industri muzik.

Walaupun lagu ini mendapat banyak kritikan ketika pertama kali dikeluarkan pada 7 Mac lalu, ia kini telah menjadi fenomena pop yang tidak dapat disangkal. Malah jumlah tontonan di YouTube juga telah mencapai lebih 13 juta tontonan.

Selain itu, lagu ini juga menjadi salah satu video yang paling banyak diparodikan oleh netizen. Bahkan ia telah menarik perhatian kumpulan pop Korea Selatan, TRI.BE dan kelab bola sepak Itali, Juventus.

https://www.tiktok.com/@tribedaloca/video/7348777632512691474
https://www.tiktok.com/@juventus/video/7354943281018588448

Menurut Azira, lagu itu sepatutnya dikeluarkan pada raya tahun lalu bagi memperingatikan Hari Raya 2022 yang ‘mengejutkan orang ramai’. Namun hasrat itu terpaksa ditangguhkan atas alasan yang tidak dapat dielakkan pada ketika itu.

Namun, De Fam gembira kerana lagu tersebut akhirnya telah dikeluarkan dan terus menjadi hit meskipun menerima beberapa kritikan negatif.

Sementara itu, Sophia menjelaskan penggunaan ‘Alamak’ dalam tajuk lagu itu tidak bermaksud biadab, kerana ia adalah perkataan yang biasa digunakan untuk menggambarkan kejutan.

“Ia biasa digunakan dalam perbualan dan telah muncul dalam banyak lagu sepanjang tahun,” katanya.

Sumber: New Straits Times

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!