Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang unik kerana kepelbagaian kaum, agama, dan budaya yang hidup harmoni serta bersatu padu. Kepelbagaian ini bukan sahaja menjadi simbol kepada identiti negara, malah turut menyumbang kepada kekayaan tradisi, makanan, bahasa, dan cara hidup masyarakat.
Kita serumpun! Itu merupakan istilah yang menggambarkan betapa eratnya perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini juga dapat dibuktikan melalui kunjungan perayaan pelbagai kaum, sukan, hiburan dan sebagainya.
Satu perkongsian di TikTok Haaaneeemm menarik perhatian ramai apabila kunjungan isteri dan anak kepada mendiang pelakon, pelawak dan pengarah, Ramasundran Rengan ke rumah keluarga wanita berkenaan.
Difahamkan, anak mendiang merupakan kawan baik kepada adik wanita tersebut. Sambil bersila menjamu hidangan, mereka bercerita tentang pengalaman lucu sepanjang bulan puasa.
Ia bukan sekadar kunjungan biasa, tetapi simbolik kepada semangat perpaduan yang terus hidup dan diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain.
Perkongsian tersebut mendapat reaksi positif daripada netizen yang rata-ratanya tersentuh melihat keakraban antara dua keluarga yang berbeza latar belakang. Ramai yang memuji nilai toleransi yang ditonjolkan, serta mengharapkan agar keharmonian seperti ini terus mekar.








