Kucing tua hidap alzheimer, selalu lupa rumah sendiri & singgah di rumah jiran - The Reporter

Kucing tua hidap alzheimer, selalu lupa rumah sendiri & singgah di rumah jiran

Kucing tua duduk di hadapan pintu rumah jiran dengan wajah keliru.
Kucing tua, muka keliru terlupa rumah pemiliknya di mana

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seekor kucing tua yang menghidap alzheimer sering keliru dan tidak dapat mengingati rumah pemiliknya. Akibatnya, dia kerap muncul di depan pintu rumah jiran, seolah-olah menganggap itu tempat tinggalnya.

Kisah kucing ini dikongsikan di Reddit, menunjukkan wajahnya yang sayu di hadapan pintu rumah jiran. Pengguna Reddit dalam hantarannya menulis, “Kucing jiran ada alzheimer, selalu terlupa yang dia tak tinggal di sini.”

Menurutnya, semenjak kucing itu mengalami masalah ingatan, dia sering datang ke rumahnya. Namun, dia akan memastikan kucing itu sentiasa dihantar pulang dengan selamat kerana mengenali pemilik asalnya.

Perkongsian ini menarik perhatian ramai netizen yang bersimpati dengan keadaan kucing itu. Seorang pengguna Reddit bergurau, “Kalau dia dah selalu datang, mungkin dia dah anggap rumah awak adalah rumah dia.”

Seorang lagi pengguna Reddit menulis, “Bagi saja dia masuk, kasihan tengok muka dia yang blur tu.”

Pakar haiwan menjelaskan, kucing yang mengalami alzheimer atau demensia boleh menjadi keliru, mudah tersesat, dan terlupa tempat makan atau bekas pasir mereka. Dalam keadaan ini, pemilik perlu bersabar dan memberi lebih perhatian supaya haiwan kesayangan mereka tidak rasa terabai.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!