Tular gambar dua anak kucing mati dianiaya, CCTV sempat rakam kejadian | The Reporter

Tular gambar dua anak kucing mati dianiaya, CCTV sempat rakam kejadian

Seorang kanak-kanak dilihat duduk di hadapan sangkar kucing sambil berinteraksi dengan haiwan peliharaan dalam rakaman CCTV.
Rakaman CCTV menunjukkan seorang kanak-kanak berada di hadapan sangkar yang menempatkan beberapa ekor kucing sebelum kejadian tular berlaku.
Penduduk gesa siasatan, tetapi ada juga minta isu tidak diperbesarkan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang kanak-kanak lelaki disyaki menganiaya dua ekor anak kucing sehingga mati dalam kejadian di Blok D, Pangsapuri Seri Nilam, Jalan Wawasan Ampang, Bandar Baru Ampang.

Menurut hantaran pengguna Instagram, Shima Aris, anak-anak kucing yang baru dilahirkan itu diambil dari sangkar dan dipercayai dihempas ke dinding. Bangkai haiwan tersebut kemudian ditemui di tingkat empat bangunan yang sama.

“Anak-anak kucing ini baru lahir dan diambil dari ibunya,” tulis Shima yang turut berkongsi video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang merakam kelibat kanak-kanak tersebut.

Sumber gambar: Shima Aris

Beliau juga menyeru penduduk kawasan itu supaya segera membuat laporan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) secara online dan membuat laporan polis, walaupun pelaku dipercayai seorang kanak-kanak.

“Kanak-kanak atau tidak, mereka mesti dihukum!” tegasnya lagi.

Baca juga:

Reaksi bercampur dari kalangan penduduk

Tindakan mendedahkan kejadian ini ke media sosial nyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk setempat. Menerusi tangkap layar perbualan WhatsApp komuniti yang turut dikongsi semula di Instagram, ada pihak yang tidak senang dengan penularan isu tersebut.

Ada yang mendakwa hantaran itu bersifat provokatif dan boleh mencemarkan nama baik kawasan kediaman.

“Benda dah viral… kalau boleh jangan seronok sangat nak heboh. Kena jaga imej penduduk Sri Nilam,” tulis seorang pengguna.

Antara komen-komen netizen berhubung kejadian itu. | Kredit gambar: Shima Aris

Ada juga yang menganggap isu itu tidak wajar diperbesarkan selagi belum ada bukti kukuh. Namun, ada juga penduduk yang menyokong usaha menuntut siasatan menyeluruh agar insiden seumpama ini tidak berulang, khususnya terhadap haiwan peliharaan di kawasan perumahan tersebut.

Sumber: Instagram Shima Aris

Related Posts