Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seekor kucing betina bernama, Nub Tang, mencuri perhatian netizen di Thailand selepas ditahan polis kerana mencakar beberapa anggota ketika dibawa ke balai.
Nub Tang, yang namanya bermaksud “mengira duit”, ditemui berkeliaran oleh orang awam. Kucing yang memakai kolar berwarna merah jambu itu kemudian diserahkan ke balai polis. Namun, keadaan tidak seperti dijangka apabila Nub Tang menggigit dan mencakar anggota polis yang cuba menenangkannya.

Seorang pegawai polis yang juga pencinta haiwan, Dar Parinda Pakeesuk, menawarkan diri untuk membawa pulang kucing berkenaan buat sementara waktu. Dalam satu hantaran Facebook yang menjadi tular, beliau memuat naik gambar Nub Tang lengkap dengan gambar ‘mugshot’.
Baca juga:
- Colombia halau Diplomat Israel, tegaskan solidariti bersama Palestin
- Netanyahu puji tentera lautnya hentikan Flotilla bantuan Gaza, biarpun dikecam dunia
- ‘Cadangan Trump bukan tawaran, tetapi ancaman’ – Tun M
“Kucing ini telah menyerang anggota polis dan akan ditahan. Tolong sebarkan agar tuannya datang untuk proses ikat jamin”
Keesokan harinya, pemilik Nub Tang hadir ke balai untuk mengambil semula kucing itu. Namun sebelum dilepaskan, Nub Tang sempat “berposing” untuk gambar tahanan rasmi dan menerima laporan polis palsu yang lengkap dengan cap tapak kakinya.
Dalam dokumen itu, Nub Tang “mengaku”: “Saya cuma lapar, tidak berniat menggigit sesiapa.”


Gambar dan kisah Nub Tang mendapat pelbagai reaksi di media sosial. Ada yang mengatakan wajah Nub Tang kelihatan masam seperti tidak menghargai usaha menyelamatkannya, manakala yang lain menyifatkannya sebagai “suspek paling comel.”
Sumber: Mirror UK