Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak akan menetapkan harga siling untuk penjualan sayur-sayuran.
Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata, walaupun tiada harga siling, KPDN akan terus memantau situasi dan akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang percatutan terhadap peniaga yang menaikkan harga sayur-sayuran secara tidak wajar.
Fuziah juga memberi amaran kepada peniaga, khususnya mereka yang menjual sayur-sayuran, agar tidak melakukan kesalahan mencatut berikutan perkembangan terkini.
“Jika kenaikan harga luar biasa berlaku, kita akan mengambil tindakan,” tegasnya.
Berita Harian sebelum ini telah melaporkan bahawa pengeluaran sayur-sayuran dijangka merosot sehingga 40 peratus mulai bulan depan. Ini disebabkan oleh krisis tenaga kerja yang berlaku apabila kerajaan membatalkan kuota pekerja asing yang tidak digunakan sebelum 31 Mac ini.
Selain itu, faktor lain adalah seperti 15 hingga 25 peratus tenaga kerja majoriti warga Indonesia akan pulang ke negara asal untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dua hingga tiga bulan.
Dengan situasi semasa, peniaga dan pengguna perlu bersedia untuk menghadapi kemungkinan kenaikan harga sayur-sayuran di pasaran.
Sumber: Buletin TV3








