Pemandu Singapura 'tapau' RON95, pengusaha stesen minyak disiasat KPDN | The Reporter

Pemandu Singapura ‘tapau’ RON95, pengusaha stesen minyak disiasat KPDN

Seorang lelaki mengisi petrol ke dalam tong plastik di stesen minyak menggunakan pam minyak, bersebelahan kereta berplat Singapura.
Tular gambar pemandu Singapura didakwa mengisi petrol RON95 ke dalam tong plastik di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri. | Kredit gambar: Facebook SGRV Front Man
KPDN sahkan siasatan sudah dimulakan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor sedang menyiasat sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri yang didakwa terlibat dalam insiden seorang pemandu Singapura mengisi petrol RON95 ke dalam tong plastik, satu perbuatan yang dilarang sejak 2008 namun masih berulang.

Insiden itu mula menarik perhatian selepas beberapa gambar tersebar di media sosial, menunjukkan seorang lelaki menaiki kenderaan mewah berplat Singapura, mengisi minyak subsidi rakyat Malaysia itu bukan sahaja ke dalam tangki kereta tetapi juga ke dalam bekas plastik.

“Kami sedang kenal pasti lokasi stesen minyak berkenaan dan siasatan juga tertumpu sama ada berlaku pelanggaran peraturan sedia ada,” kata Pengarah KPDN Johor, Lilis Saslinda Pornomo.

Baca juga:

Jika terbukti cuai atau bersubahat, pengusaha juga boleh dikenakan tindakan

Menurut Lilis Saslinda, larangan penjualan RON95 kepada kenderaan asing masih berkuat kuasa dan sekiranya wujud pelanggaran, tindakan akan diambil mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Katanya, siasatan turut merangkumi peranan pengusaha stesen minyak. “Jika didapati cuai atau bersubahat, tindakan akan diambil terhadap mereka,” katanya.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi daripada pemilik kenderaan terbabit.

Sumber: Harian Metro

Related Posts