Komen 'Another stupid sub from KPG', FAM panggil Intan Serah - The Reporter

Komen ‘Another stupid sub from KPG’, FAM panggil Intan Serah

Pemain bola sepak wanita kebangsaan, Intan Sarah Anisah Zulgafli, atau lebih dikenali sebagai Intan Serah baru-baru ini memuat naik kritikan berbaur makian terhadap Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, semasa perlawanan terakhir Piala Asia 2023 melawan Korea Selatan.

Intan Serah, dalam ciapan di aplikasi X, telah mengkritik keputusan Kim Pan-gon yang menukar Brendan Gan dengan Romel Morales pada hujung permainan.

Menurut Intan Serah, penyerang sensasi, Safawi Rasid, sepatutnya dimasukkan sebagai pemain gantian.

“Another stupid sub from KPG, masukkanlah Pawi!!!”

Namun, selepas Romel Morales berjaya menjaringkan gol penyamaan, Intan Serah kembali membuat U-Turn dengan memuji percaturan Kim Pan-gon. Kenyataannya itu telah mencetuskan kemarahan di kalangan netizen.

Sedar tindakannya telah mencetuskan kemarahan ramai, Intan Serah tampil memohon maaf di atas kritikannya terhadap Kim Pan-gon. Intan mengakui bahawa dia dipengaruhi oleh emosi.

“It was the heat of emotions that controls me, hence the tweet during the game. sorry for what I said. But saya akui salah saya, and saya hormat everyone especially players, and coach KPG. Goodluck and all the best for next game!”

Walaupun begitu, permohonan maafnya mungkin sudah terlambat kerana Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dilaporkan akan memanggil Intan Serah berhubung kritikannya terhadap Kim Pan Gon.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, Intan Serah sebagai pemain kebangsaan, tidak sepatutnya membuat kenyataan seperti itu. Beliau menambah bahawa FAM akan menilai kenyataan yang dibuat oleh Intan Serah di media sosial dan akan mempertimbangkan tindakan selanjutnya.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!