KKM akan bawa usul cadangan bina hospital di Gaza - The Reporter

KKM akan bawa usul cadangan bina hospital di Gaza

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Konflik peperangan yang berlaku di semenanjung Gaza telah memusnahkan beberapa fasiliti di sana. Sekolah dan hospital yang menjadi institusi terpenting turut musnah akibat konflik tersebut.

Melihat situasi itu, Kementerian Kesihatan (KKM) akan membawa cadangan pembinaan sebuah hospital ihsan dalam usaha membantu membangunkan semula Gaza selepas pasca peperangan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, beliau sendiri akan membentangkan cadangan itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam agenda pembinaan hospital itu.

Ujarnya, KKM bersedia untuk menyiapkan cadangan berkenaan dan akan membentangkan perkara tersebut dalam mesyuarat Kabinet akan datang.

“Antara lainnya saya akan menyebutkan agenda Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) membangunkan semula Gaza. Saya perlu terangkan secara menyeluruh dan satu daripada agendanya pembinaan hospital ihsan yang dicadangkan.

“Tidak dapat ditentukan lagi (bentang nota) tetapi dalam waktu yang agak munasabah. Sebelum ke majlis ini, saya sudah maklum kepada Ketua Pengarah (KKM), akan bincang perkara ini,” katanya.

Dalam masa sama, Dr Dzulkefly menyatakan, pihaknya sudah mempunyai senarai pegawai dan kakitangan perubatan yang bakal ditempatkan di sana namun begitu belum ditetapkan lagi jumlah yang akan ke sana.

“Senarai sudah ada dalam pangkalan data kami. Keperluan lain, dari sudut kesihatan, kepakaran surgeri lebih kepada pembedahan plastik dan perkara lain yang akan diperlukan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Total
0
Share