KK Mart di UM disimbah cat merah - The Reporter

KK Mart di UM disimbah cat merah

Sumber Gambar: Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Kedai serbaneka, KK Mart di Universiti Malaya (UM) yang terkait isu kontroversi sandwic ham and cheese, disimbah dengan cat merah oleh individu yang tidak dikenali.

Tindakan khianat tersebut belum belum dipastikan lagi samada mempunyai kaitan atau tidak dengan isu kontroversi tersebut.

Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (Umany), Lim Jing Jet berkata tindakan khianat itu telah menimbulkan kebimbangan serius tentang keselamatan kampus.

“Jika kedai rantaian seperti KK Mart pun boleh dirosakkan dalam kawasan kampus, apakah ini membayangkan keselamatan kawasan lain dan kesejahteraan pelajar?

“Universiti mesti mengambil langkah konkrit untuk meningkatkan keselamatan, seperti memasang lebih banyak kamera pengawasan, meningkatkan rondaan dan bekerjasama dengan Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) untuk mewujudkan persekitaran kampus lebih selamat,” katanya.

Beliau juga menegaskan isu ini bukan hanya melibatkan KK Mart, malahan setiap pelajar di UM.

“Isu ini bukan sahaja membabitkan KK Mart tetapi juga setiap pelajar di UM, kerana tiada siapa yang tahu siapa yang mungkin menjadi mangsa seterusnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, makluman kejadian diterima pihaknya berdasarkan laporan yang dibuat pada jam 8 pagi.

Katanya, siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!