Khusus Buat Orang Sabah! ULTRA5G Kini Diperluaskan Lagi Ke Beberapa Kawasan Sabah & Banyak Lagi Menanti! | The Reporter

Khusus Buat Orang Sabah! ULTRA5G Kini Diperluaskan Lagi Ke Beberapa Kawasan Sabah & Banyak Lagi Menanti!

U Mobile Sabah

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kalau korang pengguna U Mobile dan menetap di sekitar Kota Kinabalu, Tuaran, Beaufort, dan Kudat, korang kini dah boleh menikmati pengalaman liputan ultra pantas dengan ULTRA5G tau!

Selain 4 kawasan ini, U Mobile juga memperluaskan lagi pengalaman ULTRA5G mereka dengan liputan yang boleh diakses di dalam bangunan utama seperti Imago Mall dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Bagusnya! 

Psst, akan ada lebih banyak lagi yang menyusul, jadi stay tuned okay! 

Liputan Kekal Lancar Walaupun Trafik Tinggi, Ini Sebab Kenapa ULTRA5G Berbeza Daripada Yang Lain

Bagi korang yang belum tahu, ULTRA5G ni sememangnya menawarkan liputan yang bukan saja meluas, malah mempunyai ketersambungan berkualiti tinggi tau.

Dari segi prestasi, ia mampu mengendali trafik di kawasan berkepadatan tinggi dengan menawarkan kapisiti dua kali ganda menerusi tindak balas nyata dan network slicing, menjadikan pengalaman penstriman, permainan video dan panggilan ultra lancar. 

Selain itu, ULTRA5G ini juga diperkukuhkan lebih meluas dan mendalam menerusi liputan dalam bangunan (IBC), membolehkan pengguna mengalami liputan 5G dalam bangunan dengan lebih lancar. Baguskan? 

Paling best, ULTRA5G tampil lebih advanced dengan rangkaian 5G yang dipacu sepenuhnya oleh teknologi AI, di mana ia bukan saja menawarkan kecekapan spektrum maksimum, malah menjamin prestasi gred perusahaan serta transisi 4G ke 5G yang lebih lancar. 

Bagi sektor peruncitan, hab pengangkutan serta pejabat sektor awam, ULTRA5G sebenarnya membuka ruang pendigitalan yang jauh lebih luas daripada ketersambungan biasa tau. 

Antara kelebihan ditawarkan termasuk perkhidmatan gred perusahaan, penggunaan IoT, penyelesaian AI, dan keupayaan keselamatan siber. 

Kesemua kelebihan ini membolehkan operasi bangunan lebih pintar, perkhidmatan pelanggan dipertingkatkan serta aliran kerja lebih cekap buat pemilik, penyewa dan pelanggan. 

Secara keselurahannya, ULTRA5G membuktikan komitmen mereka dalam menyediakan rangkaian yang lebih dipercayai, sama ada untuk tujuan bekerja, pembelajaran mahupun hiburan harian korang. 

Rangkaian Kian Meluas, U Mobile Kini Tawar Pelan Eksklusif Untuk Rakyat Sabah

Memandangkan U Mobile sekarang tengah rancak meluaskan coverage mereka di serta Sabah, korang kini diberi pelbagai pilihan pelan khusus tau seperti U Borneo Prepaid, U Borneo Postpaid dan U Home 5G Borneo. 

Tunggu apa lagi tu bah? Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang liputan ULTRA5G, jemput singgah ke kedai rasmi U Mobile yang baru saja dibuka di Kompleks Karamunsing, atau singgah saja ke Imago Mall. 

Untuk update terkini, layari laman web rasmi U Mobile, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Related Posts