Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Susulan beberapa isu yang mengundang pelbagai persepsi berkaitan dengan Menteri Pelancongan Tiong King Sing, Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh menggesa agar Perdana Menteri memecat beliau.
Isu yang menjadi perhatian umum kata Akmal adalah termasuk hidangan berasaskan babi Bak Kut Teh yang dimasukkan dalam senarai makanan warisan negara, serta penurunan pangkat Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Abd Ghapar.
“Sudah tiba masanya kita mohon agar PMX (Anwar Ibrahim) untuk pecat sahaja menteri. Kerana jika KP pelancongan diturunkan pangkat sebab prestasi merosot, maka alasan yang sama boleh digunakan kepada menteri yang bukan sahaja merosot, tetapi menteri yang paling teruk dalam sejarah
“Menteri kong ka li kong lebih baik letak jawatan,” katanya.
Iktiraf makanan yang boleh dimakan oleh semua lapisan masyarakat
Dalam pada itu dia turut menyatakan adalah lebih baik sekiranya mengiktiraf makanan lain seperti nasi goreng cina dan banyak lagi makanan yang boleh dimakan oleh rakyat di negara ini tanpa mengira kaum dan agama.
“Jika menteri tidak boleh nak berfikir sensitiviti rakyat Malaysia dan apakah relevannya dalam membuat keputusan,” jelasnya.
Terdahulu, Tiong menjadi tumpuan minggu lalu selepas Ammar Abd Ghapar mengesahkan beliau menerima surat memaklumkan bahawa dirinya bukan lagi ketua pengarah agensi kerajaan itu, berkuat kuasa 26 Feb lalu.
Tiong kemudian menjelaskan tindakan itu dibuat kerana kemerosotan prestasi Ammar, yang disifatkan sebagai tidak memuaskan dan tidak mencapai standard ditetapkan. Ammar diturunkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarah.
Sumber: Malaysia Kini