Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Siapa sangka disebalik lawak jenaka yang dipertontonkan, pelakon dan pelawak ini menanggung kesakitan.
Tidak menghebohkan kisah beliau semasa menerima rawatan selama 17 hari di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kegagalan buah pinggang, Ebby Yus mendedahkan sudah hampir empat bulan tidak dapat bekerja kerana kesihatan yang merosot.
“Saya pening dan alami tekanan darah rendah sehingga tidak boleh berjalan. Jadi, rakan serumah bawa saya ke Unit Kecemasan HKL dan dirawat selama 17 hari.
“Kesihatan saya mula terganggu sejak empat bulan lalu hingga pergerakan terbatas. Ramai yang tidak tahu keadaan saya kerana tidak mahu hebohkan.
“Ketika di hospital, saya jalani pembedahan kecil pada perut bagi memasukkan tiub untuk memulakan rawatan dialisis air di rumah. Tetapi, luka saya dijangkiti kuman. Jadi, itu yang menyebabkan saya berada lama di hospital,” katanya.
Dalam pada itu Ebby turut memaklumkan dia perlu menjalani rawatan dialisis di hospital seperti dialisis darah dan dialisis air di rumah.
Beberapa perkongsian turut dimuat naik daripada rakan-rakan artis seperti Roy Azman dan Jep Sepahtu yang berkunjung melihat keadaan Ebby Yus.
Sumber: Berita Harian