Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kes pertuduhan ke atas pendakwah terkenal Ebit Lew masih lagi berjalan. Serentak dengan itu juga, pelbagai spekulasi timbul mengenai kes tersebut dan perniagaan yang dimiliki oleh Ebit Lew.
Menerusi satu kenyataan tular, perniagaan runcit yang dimilikinya iaitu Elews Mart akan ditutup sepenuhnya di semua cawangan di bawah nama Elews Mart Sdn Bhd.

Surat yang bertarikh 15 Januari 2024 itu antara lain untuk menarik perhatian semua pembekal di bawah nama tersebut.
“Adalah dimaklumkan bahawa Elews Mart Sdn Bhd akan menutup semua cawangan Elews Mart secara berperingkat bermula 15 Januari 2024,” tulis kenyataan itu.
Dalam pada itu, kenyataan tersebut turut menyebut segala hutang akan dilunaskan sebelum 30 Jun 2024.
“Segala hutang tertunggak akan dilangsaikan selewat-lewatnya 30 Jun 2024,” katanya.
Terdahulu, pelbagai kecaman dan persepsi ditaburkan oleh netizen mengenai status perniagaan runcit yang dimiliki beliau. Ada yang mendakwa kedai berkenaan selalu ketiadaan stok dan pekerja.
Sumber: Scrut