Kes tergantung lebih dua tahun, Ahmad Zahid tuntut dilepas sepenuhnya | The Reporter

Kes tergantung lebih dua tahun, Ahmad Zahid tuntut dilepas sepenuhnya

Permohonan Ahmad Zahid untuk dilepas dan dibebaskan sepenuhnya selepas kes tergantung lebih dua tahun.
Kes Ahmad Zahid tergantung lebih dua tahun mendorong permohonan dilepas dan dibebaskan sepenuhnya di Mahkamah Tinggi. | Gambar: FB Ahmad Zahid Hamidi

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Lebih dua tahun selepas dilepas tanpa dibebaskan (DNAA), Ahmad Zahid Hamidi kini menuntut kepastian undang-undang dengan memohon Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskannya sepenuhnya daripada 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Permohonan itu difailkan pada 28 Januari lalu susulan keputusan Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Peguam bela, Datuk Hisyam Teh Poh Teik, berhujah status DNAA menyebabkan anak guamnya terus berada dalam keadaan tidak menentu walaupun pendakwaan sendiri telah memilih untuk tidak meneruskan kes.

Baca juga:

Mahkamah beri ruang pendakwaan jawab

Pada prosiding hari ini, mahkamah membenarkan permohonan pendengaran ditangguhkan selepas pihak pendakwaan memohon masa untuk menyediakan afidavit jawapan. Pendakwaan diarahkan memfailkan afidavit selewat-lewatnya 13 Februari, manakala pendengaran penuh ditetapkan pada 24 Februari ini.

Pihak pembelaan tidak membantah penangguhan itu dan memaklumkan Ahmad Zahid dijangka hadir pada tarikh pendengaran.

Keputusan NFA jadi asas tuntutan

Sebelum ini, AGC menjelaskan keputusan NFA dibuat selepas menilai keterangan baharu serta enam representasi yang dikemukakan oleh pihak pembelaan. Peguam Negara turut menegaskan keputusan tersebut dibuat berdasarkan merit undang-undang dan bukannya secara sewenang-wenangnya.

Untuk rekod, Mahkamah Tinggi pada September 2023 memutuskan Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan selepas pendakwaan memaklumkan hasrat untuk memberhentikan prosiding, sekali gus membuka ruang kepada permohonan terbaharu bagi menamatkan kes itu secara muktamad.

Sumber: Harian Metro

Related Posts