Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan tragis apabila kepala terputus dalam kemalangan di Lebuhraya Senai, Johor, pada Jumaat.
Video berdurasi 15 saat yang dimuat naik oleh pengguna X, @update11111, memaparkan keadaan mayat tanpa kepala dengan motosikalnya berada di laluan kanan jalan, manakala kepala mangsa terpelanting hingga ke tengah jalan.
“Kemalangan, kepala putus. Kejadian berdekatan Tol Senai,” kata pengguna jalan raya yang sempat merakam situasi di lokasi kejadian.
Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak berkuasa berhubung kejadian itu.
Di media sosial, ada netizen percayai motosikal tersebut mungkin ditunggang dalam kelajuan tinggi sehingga hilang kawalan berlanggar dengan besi penghadang jalan.
Para penunggang motosikal sentiasa diingatkan supaya berhati-hati dan mematuhi had laju yang ditetapkan bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku.
Sumber: X @update11111








