'Kenapa terharu? Sepatutnya malu' - Netizen gesa jabatan kerajaan mudahkan warga emas daftar PADU - The Reporter

‘Kenapa terharu? Sepatutnya malu’ – Netizen gesa jabatan kerajaan mudahkan warga emas daftar PADU

Sumber gambar: X DOSM Selangor

Kelmarin, tular ciapan di X (ex Twitter) yang menunjukkan seorang lelaki warga emas berusia 84 tahun datang ke kaunter Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Selangor untuk urusan berkaitan dengan Pangkalan Data Utama (PADU) telah menimbulkan kemarahan di kalangan netizen.

Gambar tersebut telah dimuat naik oleh pengendali X DOSM Selangor pada 9 Januari 2024, Rabu, menunjukkan lelaki warga emas tersebut datang dengan membawa keratan akhbar.

“Sangat terharu dan tersentuh hati kami melihat pakcik ini bersusah payah datang seorang diri ke kaunter PADU dengan membawa keratan akhbar berkenaan PADU,” kata kenyataan itu.

Namun, reaksi netizen terhadap ciapan tersebut jauh dari rasa simpati. Sebaliknya, banyak komen negatif telah ditinggalkan oleh pengguna X, yang merasa marah kerana beranggapan DOSM Selangor sepatutnya membantu golongan sasar ini, bukan menyusahkan.

Seorang pengguna, Aymeemin berkata, “Kenapa terharu? You should be ashamed instead. Sistem yang sepatutnya bantu golongan sasar ini menyusahkan mereka. Sampaikan orang tua pun kena walk in untuk mendaftar. Macam mana dengan OKU, warga emas, sakit terlantar? Mereka kena datang kaunter juga ke? Kenapa pegawai sendiri tak turun padang?”

“Tersalah update ni, pastu bangga pula. Orang tua umur 84 tahun boleh datang ke kaunter PADU untuk daftar. Tapi PADU yang orang-orang muda (umur bekerja) tak boleh pergi ke kampung-kampung daftarkan penduduk. Hanya nak duduk bekerja dengan selesa. Memalukan,” kata Orkid Hutan.

Nuraisya Roslan turut mengkritik, “Terharu? You guys should be knocking on every warga emas door. Terharu apa benda ni? Kasihan ada orang tua berjalan jauh, facing challenges just to see you guys. Shame on you.”

Sumber: X DOSM Selangor

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!