Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pengguna TikTok, yang dikenali sebagai Cikgu Pidot, baru-baru ini berkongsi video kejadian di sebuah stesen minyak di Damansara Damai, yang mencetuskan kemarahan ramai.
Dalam video tersebut, seorang pemandu kereta dipercayai jenis Proton Perdana berwarna kuning dilihat tidak berpuas hati setelah ditegur oleh pengadu kerana merokok di kawasan stesen minyak.
Menurut hantaran Cikgu Pidot, pemandu berkenaan dengan angkuhnya mencabar dengan berkata, “Kenapa? Nak saman?” sebelum bertindak menekan pedal minyak kereta sebagai tindakan provokasi.

Aksi pemandu tersebut turut dirakam dashcam kereta pengadu dan jelas menunjukkan tindakannya yang memandu secara bahaya di kawasan tersebut.
Situasi ini mencetuskan kebimbangan ramai memandangkan kawasan stesen minyak merupakan lokasi yang sensitif dan mudah terdedah kepada risiko kebakaran jika peraturan keselamatan tidak dipatuhi.
Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu itu yang dianggap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri.
“Apa motif dia drift tu? Ingatkan nak blok ajak bertumbuk ke apa… ni terus blah plak,” kata netizen yang turut berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu terbabit.








