'Kenapa nak bandingkan dengan bekas isteri dia' - Wanita TTC 3 tahun sedih diperli tiada anak ketika ziarah raya | The Reporter

‘Kenapa nak bandingkan dengan bekas isteri dia’ – Wanita TTC 3 tahun sedih diperli tiada anak ketika ziarah raya

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Setiap pasangan yang berkahwin sudah pastinya menginginkan zuriat yang dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Ada yang mendapat rezeki awal disahkan mengandung pada awal perkahwinan, malahan ada yang juga menunggu lama menantikan kehadiran cahaya mata.

Walaupun penuh sabar menunggu, namun kata-kata orang disekeliling menyebabkan ada individu berasa sedih dan kecewa dengan hinaan yang dilontarkan.

Seperti yang terjadi kepada wanita ini, katanya dia berasa amat sedih apabila ada yang membandingkan dirinya dengan bekas isteri suaminya.

Katanya, dia tidak kisah jika hanya bertanyakan soal anak atau usaha yang dibuat untuk mendapatkan anak setelah tiga tahun berkahwin. Tetapi apabila membandingkan dengan individu lain, dia berasa sangat kecewa.

Kunjungannya ke rumah saudara sebelah suaminya ketika hari raya baru-baru ini membuatkan dia berasakan suasana raya pada kali ini merupakan hari raya yang tidak disukainya.

“Rumah pertama tanya berapa tahun dah kahwin, kata kena berubat. Rumah seterusnya pula cakap kenapa tak dapat anak lagi, masa suami dengan bekas isteri dulu kejap je dah dapat anak.

“Kenapa nak tanya benda-benda macam tu? Korang tak tahu apa yang aku lalui,” katanya.

Di ruangan komen, netizen tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat kepada wanita ini supaya kuat dan tidak berputus asa. Dalam masa sama, ada yang berkongsikan pengalaman sama berdepan dengan situasi berkenaan.

Sumber: Eyqa Lee

Related Posts