Keganasan tanpa henti yang berlaku di Gaza membuatkan masyarakat dunia semakin membenci dengan tindakan yang dilakukan oleh Zionis.
Solidariti terhadap masyarakat Gaza juga tidak terhenti begitu sahaja, malahan semakin berterusan masyarakat dunia menyuarakan kelantangan terhadap rejim Zionis.
Bagaimanapun, masih ada pihak yang dilihat membela dan menyokong tindakan negara haram berkenaan.
Satu video tular pula memaparkan seorang wanita mempersoalkan bagaimana beberapa keeping patch bendera Israel dijual di sebuah kedai Armenia Street Penang, Pulau Pinang.
Patch bendera berkenaan dijual bersama-sama dengan bendera-bendera negara lain.
Susulan itu juga, ramai yang meminta pemilik video berkenaan membuat laporan kepada pihak polis.
Namun, ada yang mengatakan kemungkinan patch bendera berkenaan merupakan stok lama yang masih berbaki kerana semasa kempen solidariti ramai yang menggunakan pacth berkenaan untuk dibuat konten.