Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki meluahkan rasa kecewa ketika berurusan di UTC Komtar, Pulau Pinang untuk memperbaharui pasport kedua ibu bapanya. Proses urusan kemaskini bapanya berjalan dengan lancar namun begitu proses untuk kemaskini passport ibunya menghadapi masalah kerana kebolehannya dalam berbahasa Melayu terhad.
Kakitangan yang bertugas menyatakan ibunya tidak dapat memperbaharui passport kerana tidak boleh berbahasa Melayu walaupun dia merupakan seorang warganegara.
“You tak boleh cakap Bahasa Melayu tak boleh renew passport. Kena jumpa officer esok pagi,” kata kakitangan berkenaan.
Menurut lelaki berkenaan, dia cuba bertanyakan kakitangan berkenaan dengan masalah yang dihadapi oleh ibunya. Namun begitu, kakitangan berkenaan tetap berkeras tidak mahu mengemas kini passport milik ibunya.
“Mak you memang tak boleh cakap Bahasa Melayu ke? Dia kena cakap Bahasa Melayu baru boleh renew Passport sebab sini Malaysia.
“Esok kena bawah mak you mari jumpa officer untuk interview,” kata kakitangan itu lagi sambil meminta ibunya bercakap lagi dalam bahasa Melayu.
Walaupun sudah menerangkan kepada kakitangan berkenaan ibunya hanya mampu berbahasa Melayu dengan terhad kerana tidak bersekolah, alasan yang diberikan tidak diterima.
“Tak boleh cakap Bahasa Melayu apa hubungannya dengan kemaskini pasport? Kalau uncle aunty tua-tua tak boleh cakap Bahasa Melayu tak boleh renew passport lorrr?” soalnya.
Menurutnya lagi, beberapa orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut juga tidak bersetuju dengan tindakan yang dibuat kakitangan berkenaan.
“Ini bukan alasan yang munasabah. Bagaimana boleh ditolak untuk kemaskini pasport sebab tak faham Bahasa Melayu dan perlu interview,” katanya.
Sumber: Shiang Cherng Saw








