Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang lelaki dilaporkan mengalami kecederaan apabila terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan lori treler di kilometer (KM) 16, Jalan Sungai Tiram, semalam.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Khas Untuk Penyandang (KUP), Sufian Md Lis dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan berkenaan pada jam 11.34 pagi.
Katanya, satu pasukan keluaran operasi (PKO) melibatkan sebuah jentera fire rescue tender (FRT) dan satu unit jentera Perkhidmatan Perubatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dengan enam anggota telah dihantar ke lokasi.
“Kemalangan membabitkan dua kenderaan iaitu sebuah kereta Proton Wira dan sebuah lori treler.
“Pemandu kereta Proton Wira seorang lelaki dalam lingkungan usia 60 tahun mengalami kecederaan di muka telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum PKO tiba ke lokasi.
“Pemandu treler pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Dalam pada itu, menerusi hantaran Facebook, indivdiu yang mendakwa dia merupakan anak saudara kepada lelaki tersebut memaklumkan bapa saudaranya itu baru sahaja pulang dari rawatan dialisis.

Katanya juga, keadaan bapa saudaranya dilaporkan tidak stabil.
Sumber: Sinar Harian, Ramlah Ismail








