Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Keluarga kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, dilaporkan akan memfailkan saman terhadap seorang doktor yang menulis di media sosial mendakwa pelajar itu “terjun sendiri” dari tingkat tiga asrama sekolah.
Perkara itu dimaklumkan bekas guru, Mohd Fadli Salleh, yang menegaskan kenyataan seperti itu boleh mengguris hati keluarga dan mengundang tindakan undang-undang.
“Jangan gopoh buat rumusan, banyak pihak terasa. Tunggu saja laporan lengkap nanti,” tulisnya yang juga mengingatkan penjawat awam supaya menjaga etika penulisan di media sosial kerana mudah terdedah kepada laporan tatatertib atau saman.
Baca juga:
- ‘Saya kehilangan sahabat sejati yang setia menemani di waktu senang & susah’ – Zahid Hamidi
- Bekas isteri minta ‘move on’, Abang Viva tampil pertahan diri
- Dua lelaki maut selepas treler dihempap jentera Berat
Tular selepas petikan sidang media
Kontroversi frasa “terjun sendiri” memuncak selepas seorang individu yang mendakwa dirinya doktor memetik sebahagian kandungan sidang media Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman pada 13 Ogos.
Petikan tersebut kemudiannya tersebar luas di media sosial dan mencetuskan pelbagai tafsiran serta teori yang menimbulkan salah faham.

Inkues tentukan punca sebenar
Dalam sidang media itu, pada minit ke-21 rakaman, disebut mengenai “terjun”, sebelum turut dijelaskan bahawa terdapat elemen jatuh dari ketinggian. Penentuan sama ada mangsa jatuh atau terjun akan dibuat melalui prosiding inkues. Namun, sebahagian pihak di media sosial dilihat hanya memetik bahagian awal kenyataan itu tanpa merujuk penjelasan keseluruhan, sekali gus menimbulkan pelbagai tafsiran.
Keputusan muktamad berhubung bagaimana mangsa jatuh dari ketinggian akan dibuat di inkues. Lazimnya, penyiasat akan melakukan simulasi di lokasi kejadian dan menilai corak kecederaan mangsa bagi menentukan teori paling tepat, sekali gus mengelakkan spekulasi berterusan di media sosial.
Sumber: Facebook Mohd Fadli Salleh











