'Kedekut, menyesal beli aiskrim awak' - Peniaga aiskrim terkejut dituduh kedekut oleh pesaing - The Reporter

‘Kedekut, menyesal beli aiskrim awak’ – Peniaga aiskrim terkejut dituduh kedekut oleh pesaing

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang peniaga kecil, Sha Faz Kitchen, baru-baru ini menghadapi situasi yang mencabar apabila dia menerima mesej dari seorang individu yang dikenali sebagai ‘Sal’.

Sal, yang juga menjual aiskrim telah menghubungi Sha melalui WhatsApp dan mempersoalkan lokasi penjualan dan resepi aiskrim Sha.

Minta resepi peniaga lain

Sal menuduh Sha Faz tamak kerana menjual aiskrim di kawasan lain, selain Air Tawar. Dia juga tidak berpuas hati apabila Sha enggan berkongsi resepi aiskrimnya, sedangkan mereka berdua berniaga makanan yang sama.

“Baguslah kalau jual dari rumah. Bukan apa, awak kan duduk di Air Tawar, tak payah letak (iklan) di kawasan lain. Orang lain nak cari makan juga. Tak baik tamak.

“Saya pun jual aiskrim, tak sampai lagi sebulan. Awak bancuh aiskrim guna apa? Aiskrim awak sedap dan gebu. Kongsilah awak letak bahan apa. Tak baik kedekut, sebab saya berniaga macam awak juga.

“Orang kedekut kalau berniaga, takkan maju. Saya pernah beli aiskrim awak hari tu, saya tak kedekut pun,” katanya.

Bukan kedekut

Namun, Sha menjelaskan bahawa dia hanya mencari rezeki dengan caranya sendiri. Resepi aiskrimnya pula adalah resepi yang diperoleh dari aplikasi TikTok. Tetapi dia tidak dapat berkongsi resepi tersebut kerana keizinan dari suaminya.

“Maaf sis, saya memang tak boleh nak share bahan apa saya letak. Nanti suami saya marah, sebab kami berdua yang buat aiskrim. Kalau saya nak bagi, suami tak izin, nanti jadi masalah pula.

“Saya bukan kedekut ilmu. Sis pun baya-baya mak saya dan saya tak mahu kurang ajar dengan sis,” kata Sha.

Menyesal beli aiskrim

Kecewa dengan jawapan itu, Sal dengan seraya berkata dia menyesal membeli aiskrim daripada Sha yang dianggapnya kedekut.

Terkejut dengan tuduhan tidak berasas itu, Sha menawarkan untuk memulangkan wang Sal dan meminta nombor akaun bank Sal.

Tanpa berlengah, Sal terus memberikan nombor akaun bank dan menuntut bayaran balik sebanyak RM15.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!