'Kau tarik rambut aku ni, bukan rambut nenek kau!' - Diva AA bakal saman Aliff Syukri RM100 juta - The Reporter

‘Kau tarik rambut aku ni, bukan rambut nenek kau!’ – Diva AA bakal saman Aliff Syukri RM100 juta

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Tiba-tiba sahaja nama usahawan Aliff Syukri dan juga pengacara sensasi Azwan Ali menjadi tular di media sosial.

Ini berikutan gara-gara pertelingkahan antara mereka terjadi selepas insiden Aliff Syukri menarik rambut Azwan Ali ketika berada di pentas semasa program di Singapura.

Susulan itu, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA akan menuntut saman malu berjumlah RM100 juta terhadap Aliff.

“Lantak korang lah ingat berlakon ke apa kan. Cerita Aliff Syukri tarik rambut diva dah viral. Diva akan dakwa di mahkamah.

“Dia punya alasan ingatkan rambut palsu. Dia tarik memang sakit,” katanya melalui platform X.

Balas dendam?

Sementara itu dalam laporan berkaitan, Diva AA berkata, tindakan Aliff Syukri seolah-olah mengambil kesempatan untuk membalas dendam.

“Dia olah-olah seperti mengambil kesempatan untuk balas dendam kerana selama ini, saya ada memaki hamunnya dengan pelbagai isu di media sosial saya, khususnya di platform X.

“Memang ada bukti bahawa Aliff Syukri memulakan segalanya. Dia yang mulakan dengan mengeluarkan kata-kata ‘saya tidak suka dia ni’ sewaktu melihat kehadiran saya pada acara terbabit,” katanya.

Ingatkan rambut palsu

Azwan berkata, walaupun dia sering memaki artis tertentu menerusi media sosial, tetapi dia tetap akan bersikap profesional dan tidak menggunakan kesempatan untuk menyerang atau membuat hal apabila berjumpa serta bertembung di luar.

“Tapi, kata-kata dilontarkannya itu membuatkan saya naik angin dan rasa tercabar. Bahkan, dia juga sanggup menepis telefon bimbit pintar yang sedang merakamkan aksi kami sampai ia terpelanting.

“Dia juga beritahu dia mahu tarik rambut saya kerana menganggap ia rambut palsu. Saya cakap kalau berani buatlah dan dia benar-benar melakukannya. Dia menarik rambut saya dengan kuat dan saya rasa sakit sangat. Dia juga menyeret saya sampai badan saya juga rasa sakit-sakit sampailah sekarang ini,” katanya.

Menerusi laporan itu juga, katanya, dia mendapat sokongan daripada banyak pihak untuk meneruskan saman terbabit.

Sumber: OhMedia, Scoop.my

Total
0
Shares
Total
0
Share