'Kau suami yang beruntung bang, ada isteri sanggup hidup susah & senang bersama' - Netizen - The Reporter

‘Kau suami yang beruntung bang, ada isteri sanggup hidup susah & senang bersama’ – Netizen

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Perkahwinan merupakan satu ikatan yang penuh dengan cabaran dan tanggungjawab. Setiap pasangan suami isteri pasti akan melalui pelbagai dugaan, terutamanya di awal perkahwinan. Kehidupan yang pada mulanya serba kekurangan dari segi kewangan dan keperluan asas.

Tambahan pula, apabila pasangan menerima kehadiran cahaya mata, tanggungjawab yang ditanggung menjadi semakin besar. Walaupun keadaan serba sederhana, kasih sayang dan kepercayaan antara satu sama lain menjadi kekuatan utama untuk terus melangkah dalam kehidupan bersama.

Tular video di aplikasi TikTok menunjukkan sepasang suami isteri bersama bayi mereka berteduh di bawah jambatan ekoran cuaca hujan yang menyebabkan perjalanan mereka terpaksa dihentikan seketika.

https://www.tiktok.com/@acaimanja/video/7425579234028031250

Dalam keadaan hujan lebat, si bayi lena tertidur di pangkuan ibunya yang duduk di atas motosikal sambil diperhatikan oleh suaminya.

Terlintas di hati si bapa merakamkan detik-detik kebahagiaan itu dan berkongsi video tersebut di TikTok dengan kapsyen kata-kata semangat buat dirinya.

“Ayah akan usahakan supaya mama dan adik dapat rasa selesa dengan hasil titik peluh ayah sendiri,” tulisnya.

Kata-katanya itu mengundang perhatian ramai netizen yang meluahkan rasa tersentuh dan mendoakan pasangan berkenaan diperluaskan rezeki.

‘Bila dah senang, jangan lupakan isteri’

‘Anak sulung saksi kesusahan ibu bapa’

Walaupun begitu, ada yang menasihatkan keluarga kecil itu tidak menunggu di tepi jalan mahupun di atas motosikal kerana bimbang berlaku kejadian yang tidak diingini.

‘Duduk belakang palang’

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!