Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Shuib Sepahtu tampil memberi respon terhadap kenyataan kontroversi oleh seorang TikToker, CEO Helmie, yang sebelum ini mengkritiknya secara terbuka. Dalam hantaran di Instagram, Shuib dengan tegas mempersoalkan tindakan Helmie yang menyasarkan dirinya.
“Kau ni normal ke tak? Video tuju untuk aku, tapi kat TikTok kau block aku, DM aku pun kau tak berani nak balas. InsyaAllah suatu hari kita akan bertentang mata. KASAR SANGAT AYAT-AYAT KAU WAHAI SEDARA,” tulis Shuib dengan nada marah.
Helmie sebelum ini turut menyasarkan isteri Shuib, Watie, dengan mendakwa Shuib berubah menjadi negatif sejak berkahwin dengannya. Malah, Helmie turut menyarankan Shuib untuk menukar isteri kepada wanita yang lebih solehah, namun kenyataan itu dianggap melampau oleh netizen.
Respon Shuib ini mendapat sokongan ramai netizen yang turut meninggalkan komen berpihak kepadanya.
Seorang netizen menulis, “Saman sampai tinggal spender. Aku bukanlah penyokong Shuib tapi bila keluar statement macam ni kurang ajar namanya.”
Komen lain menyebut, “Abang Shuib, selama ni saya tak pernah ambil port pasal abang pun. Tapi saya rasa mamat ni dah melampau sangat ye, siap suruh tukar bini, hawau betul. Boleh tak nak mencarut kat sini?”
Ada juga netizen yang mengkritik Helmie secara terus. “Mamat ni ambik drugs banyak sangat ke atau dah jadi pengikut Ayah Pin. Kena berubat ni bang, bahaya ni cakap gini,” tulis seorang pengguna.
Terdahulu, Helmie mengeluarkan kenyataan yang menyarankan Shuib menukar isteri dan mendakwa Shuib berubah sejak berkahwin dengan Watie. Kenyataan tersebut mencetuskan perdebatan hangat di media sosial. Kini, respon Shuib mendapat perhatian meluas dan menyemarakkan lagi isu antara mereka berdua.
Sumber: Instagram Shuib