Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
10 Jun lalu, kedai Kopi Hainan mengeluarkan notis makluman kepada pelanggan berhubung kenaikan harga menu original, mulai 15 Julai 2024.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, kenaikan itu dibuat susulan faktor kenaikan kos semasa.
“Pihak HQ Kopi Hainan telah berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan harga jualan. Namun atas faktor kenaikan kos semasa, pihak kami terpaksa melakukan perubahan harga jualan.
“Mulai 15 Julai 2024, harga menu original Kopi Hainan bersaiz 22oz adalah RM4.50 (kenaikan 50 sen bagi setiap cawan) bagi setiap cawangan di seluruh Malaysia,” katanya.
Di ruangan komen, ada beberapa individu yang mendakwa kenaikan 50 sen itu dilakukan susulan kerajaan mengumumkan kenaikan harga runcit diesel baru-baru ini.

Bagaimanapun, Kopi Hainan tampil menafikan dakwaan itu dan menegaskan kenaikan harga jualan bukan disebabkan kenaikan harga diesel.
“Jangan salah faham tuan-tuan dan puan-puan. Kami naikkan harga 50 sen pada menu original sahaja. Menu-menu lain harga adalah masih sama.
“Dan kami menaikkan harga jualan bukan disebabkan harga diesel yang naik. Kos bahan mentah semasa kami yang dah lama naik seperti susu, cawan plastik dan yang terbaru biji kopi dinaikkan harga oleh pihak pembekal kami,” katanya.








