'Kami mohon maaf jika ada yang tersinggung' - Peniaga Donut Susu Berayaq - The Reporter

‘Kami mohon maaf jika ada yang tersinggung’ – Peniaga Donut Susu Berayaq

Kontroversi Donut Susu

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Susulan dikecam teruk oleh netizen, peniaga donat susu yang didakwa menggunakan elemen lucah dalam promosi produk mereka tampil memohon maaf.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, mereka menyatakan kesediaan untuk memperbaiki kesilapan dan menjelaskan maksud sebenar di sebalik tagline yang digunakan.

Sebagai langkah untuk meredakan kontroversi, peniaga berkenaan juga telah menukar nama produk asal dari, ‘Donut Susu Berayaq,’ kepada ‘Bertanah Donut Susu’.

“Kami menerima segala teguran daripada masyarakat, dan nama akaun kami juga telah bertukar kepada ‘Bertanah’. Untuk pengetahuan semua, istilah ‘berayaq’ merujuk kepada doh yang cair di dalam mulut, dan istilah ‘jet’ pula bermaksud ‘terajang’,” katanya.

Selain itu, perkataan ‘cirit’ dalam video yang tular baru-baru ini juga bukan sebahagian daripada tagline rasmi. Sebaliknya, video tersebut bukan idea asal mereka yang hanya sekadar mengikuti arahan yang diberikan.

“Semoga penjelasan ini dapat menjawab segala persoalan. Kami memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung atau salah tafsir”, katanya dalam kenyataan yang yang turut berterima kasih atas teguran yang diberi.

Terdahulu, netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penggunaan tagline dan gaya promosi yang dianggap tidak senonoh, sehingga menimbulkan imej negatif terhadap produk tersebut.

Ramai netizen yang mendesak agar Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas. SKMM dilaporkan telah mengambil maklum mengenai isu ini dan pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!