Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat, meluahkan rasa kecewa selepas pengalaman kurang memuaskan ketika cuba menyelesaikan urusan perbankan dalam talian isterinya di sebuah cawangan bank.
Menurut Azmi, isteri beliau datang ke bank bagi mengaktifkan akaun dalam talian yang telah disekat kerana lama tidak digunakan. Namun, sepanjang proses itu, mereka mendapati layanan pegawai kaunter kurang profesional.
“Sepanjang urusan, pegawai kaunter bertanya nombor giliran dengan nada kasar dan seolah-olah meragui kemampuan kami untuk mengingat username dan password sendiri.
“Bahkan, ketika isteri saya berjaya log in, pegawai itu tidak menumpukan perhatian pada skrin, sebaliknya terus membuat andaian bahawa isteri saya tidak ingat password,” jelas Azmi.
Baca juga:
- Amira Othman umum hamil 30 minggu
- Isu gelaran juara, Zaha Spring pertahan kenyataan Ameng
- Dari gurauan jadi kenyataan, lelaki sahut cabaran TokTi joging 8KM
Beliau menegaskan bahawa sebagai pelanggan, mereka bukanlah individu yang datang tanpa persediaan atau meminta layanan istimewa.
“Kami cuma manusia biasa dengan kerjaya masing-masing. Apa yang penting adalah pegawai bank memberi layanan profesional dan nada komunikasi yang sesuai, terutamanya kepada pelanggan yang kurang upaya penglihatan,” tambahnya.
Azmi berharap pengalaman mereka menjadi peringatan kepada pihak bank untuk meningkatkan kesedaran pegawai tentang cara melayani pelanggan dengan empati dan hormat.
“Harus kalian tahu, kami yang tak boleh melihat ni sangat bergantung kepada nada kalian bercakap. Kalau nada kalian baik, maka baiklah persepsi kami pada kalian. Begitu juga sebaliknya.
“Sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan, Semestinya kemahiran menggunakan nada sudah kalian kuasai. Elakkan gunakan nada rumahan atau kampungan waktu melayan pelanggan,” ujarnya.










