'Kami hanya bergurau’ - 2 remaja nafi salahguna dadah, sekadar content sahaja | The Reporter

‘Kami hanya bergurau’ – 2 remaja nafi salahguna dadah, sekadar content sahaja

Dua individu, seorang remaja lelaki dan seorang wanita, telah ditahan oleh polis di Melaka selepas video perbualan mereka mengenai dadah tular di media sosial.

Kedua-dua mereka, berusia 17 dan 18 tahun, ditahan di Batu Berendam dan sekitar Jasin.

Menurut Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, hasil soal siasat mendapati perbualan tersebut adalah rentetan daripada sebuah filem yang mereka tonton dan hanya sekadar gurauan.

Kedua-dua individu tersebut telah membuat penafian mengenai penyalahgunaan dadah dan mendakwa perbualan itu hanyalah gurauan bersama rakan-rakan.

Mereka juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah sebelum ini.

Kes telah dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk siasatan lanjut.

Sumber: Kosmo Online

Related Posts