'Kalau nak berhenti untuk berbuka pun, jangan buat perangai camni' - The Reporter

‘Kalau nak berhenti untuk berbuka pun, jangan buat perangai camni’

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pempengaruh automotif, Hezeri Samsuri, semalam berkongsi keadaan di sekitar lebuhraya di Merapoh, Pahang, yang dipenuhi dengan sampah sarap.

Menurut Hezeri, dia menyedari keadaan itu ketika dalam perjalanan ke Gua Musang, Kelantan.

“Aku ada dekat jalan nak ke Gua Musang, jalan Merapoh ni. Aku nak tunjuk kat engkau, menarik tak Malaysia? Kau nampak tak tu? Kau nampak tak menimbun sampah!

“Kalau korang nak berhenti untuk berbuka pun, janganlah buat perangai macam ni. Allahuakbar. Tolonglah, janganlah pengotor sangat.

“Dah 2024, perangai masih sama. Apa kat rumah kau macam mana la gamaknya,” katanya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam tindakan para pelaku tidak mempunyai kesedaran untuk menjaga kebersihan.

“Kita ni siap ada tong sampah kecil, plastik sampah dalam kereta. Kena tunjuk contoh dekat anak-anak. Kalau sikap sendiri pun macam ni, entahlah generasi akan datang macammana,” kata Edy Weng.

“Spesis golongan buang sampah macam ni sama dengan spesis hisap rokok dalam tandas awam. Sampah masyarakat. Bila public kotor tak terurus, salahkan PBT tak buat kerja,” kata Shah.

Total
0
Shares
Total
0
Share