Kabel dasar laut 'dipotong', punca Facebook, Instagram alami gangguan teknikal? - The Reporter

Kabel dasar laut ‘dipotong’, punca Facebook, Instagram alami gangguan teknikal?

Gambar hiasan (A.I)

Aplikasi keluarga Meta, termasuk Facebook, Instagram dan Threads, mengalami masalah teknikal pada lewat malam Selasa, dengan ratusan ribu pengguna melaporkan mereka tidak dapat mengakses perkhidmatan media sosial tersebut. Pengguna melaporkan masalah termasuk dilog keluar dari Facebook secara tiba-tiba.

Menurut perkhidmatan pemantauan Downdetector, lebih daripada 500,000 laporan ralat diterima. Kira-kira 76% daripada masalah yang dilaporkan oleh pengguna Facebook berkaitan dengan masalah log masuk.

Dalam respon awal Meta, Pengarah Komunikasinya, Andy Stone berkata, pihaknya menyedari masalah yang dihadapi oleh pengguna dalam mengakses perkhidmatannya dan sedang menangani masalah berkenaan.

Kabel ‘dipotong’?

Sementara itu, syarikat telekomunikasi Hong Kong, HGC Global Communications dalam satu kenyataannya berkata, kerosakan pada kabel dasar laut di Laut Merah telah mengganggu rangkaian telekomunikasi dan memaksa penyedia perkhidmatan untuk mengubah laluan sebanyak satu perempat trafik antara Asia, Asia Barat dan Eropah, termasuk trafik internet.

Kabel milik empat rangkaian telekomunikasi utama telah ‘dipotong’ menyebabkan gangguan “ketara” kepada rangkaian komunikasi di Asia Barat.

HGC menganggarkan bahawa 25 peratus trafik antara Asia dan Eropah serta Asia Barat telah terjejas. Syarikat itu berkata, ia sedang mengubah laluan lalu lintas untuk meminimumkan gangguan kepada pelanggan dan juga menghulurkan bantuan kepada perniagaan yang terjejas.

Proses pembaikan ambil masa

Seacom yang berpangkalan di Afrika Selatan, yang memiliki salah satu sistem kabel yang terjejas, memberitahu CNN bahawa pembaikan tidak akan bermula sekurang-kurangnya sebulan lagi. Ini disebabkan pihaknya memerlukan tempoh masa untuk mendapatkan permit untuk beroperasi di kawasan itu.

Kerosakan pada rangkaian dasar laut ini boleh menyebabkan gangguan internet yang meluas, seperti yang berlaku selepas gempa bumi Taiwan pada tahun 2006.

Pemusnahan kabel di Laut Merah berlaku beberapa minggu selepas kerajaan rasmi Yaman memberi amaran mengenai kemungkinan pemberontak Houthi akan menyasarkan kabel terbabit. Militan yang disokong Iran telah pun mengganggu rantaian bekalan global dengan menyerang kapal komersial di laluan air yang penting itu.

Sumber: Berita Harian, Variety, Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!